CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 19, 2011

Rayuanku pada-Mu ILAHI…


Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku yang hina dan keji ini..
            Ampunkanlah dosa  kedua ibu dan bapaku, kasihilah mereka sepertimana mereka kasih dan cinta kepadaku sejak kecil lagi.. Ya Allah, panjangkan umur mereka, selamatkanlah mereka dari bala bencanaMu.. Ya Allah, selamatkanlah mereka daripada seksaan api nerakaMu.. Ya Allah, letakkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu..
            Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.. Selamatkanlah adik-beradik aku.. Ya Allah, berilah mereka kekuatan dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini.. Ya Allah, selamatkanlah aqidah dan akhlak mereka, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh,solehah dan anak-anak yang mampu mendoakan ibubapa kami ketika mereka tiada kelak.. Ya Allah, berilah kejayaan kepada mereka dan sempatkanlah ibubapaku melihat mereka berjaya sebelum ibubapaku menghembus nafas terakhir mengucap kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.. Ya Allah, aku sayangkan mereka.. Didik dan pandulah kehidupan adik-beradikku menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..
            Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang hina dan kotor ini.. Ya Allah, aku sedar banyaknya kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan kepadaMu.. Ya Allah, ampunkanlah aku kerana aku takut Ya Allah untuk bertemuMu dengan keadaan diri aku yang lemah dan berdosa.. Ya Allah, aku tak tahu bilakah aku akan pergi berjumpa denganMu.. Ya Allah, jika hari ini merupakan hari yang terakhir aku di dunia ini, Ya Allah.. ampunkanlah aku, matikanlah aku dalam keadaan bertaqwa dan terampun dosa-dosa ini.. Ya Allah, ampunkanlah aku..
            Ya Allah, selamatkanlah sahabat-sahabatku, guru-guruku dan kaum muslimin dan muslimat.. Kuatkanlah iman dan taqwa mereka kepadaMu.. Ya Allah, selamatkanlah para ulama’ dan pejuang-pejuang agama tercinta ini.. Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama yang suci ini.. Ya Allah,Ya Sami’, dengarlah rayuan dan rintihanku ini..

No comments:

Post a Comment