CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 23, 2011

Dedikasi Buatmu Sahabat….!


*Entri ini ku tujukan khas buatmu,sahabatku Honey & Nur Ilham...*
Dengan nama Allah Yang Maha  Pengasih lagi Maha Penyayang…
Assalamualaikum buat sahabat seakidah dan seperjuangan….

          ALHAMDULILLAH…pujian kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas limpahan Iman dan Islam yang Allah pinjamkan kepada kita semua... Tanpanya,mungkin kita semua sudah jauh terpesong dari landasan Islam As-Sofi yang sebenar… Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada ALLAH AZZA WA JALLA kerana masih memberi kita peluang untuk terus hidup di muka bumi Allah ini hingga saaat ini…dan pinjaman nyawa yang diberikan kepada kita… Selawat dan salam buat junjungan mulia kita,Nabi Muhammad S.A.W yang sanggup menggadaikan nyawa untuk menegakkan Islam di muka bumi ini..yang kita kecapi sekarang ini… dan sahabat-sohabiah Baginda yang sanggup menitiskan darah demi Islam… Tanpa perjuangan dan jihad mereka,cuba kita bayangkan…mampukah kita mengecapi nikmat Islam yang kita miliki sekarang ini…??? Ayuh,sahabat…marilah sama-sama kita fikirkan dan renungkan sejenak… Wahai sahabat,marilah sama-sama kita buka mata..lapangkan dada..luaskan minda dan menilai sejauh mana kita yang mengaku sebagai umat Baginda… Layakkah kita menggelarkan diri kita sebagai umat Baginda…??? Layakkah kita sahabat…???

          Pertamanya,saya nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi menjadi sahabatku selama ini… dan juga yang telah banyak menolong dan menghulurkan segala bantuan untuk menyelasaikan segala permasalahanku ini..yang dalam kesempitan mahupun kesenangan…Terima kasih sebab sanggup berkorban masa,harta,wang dan segala yang dimiliki hanya semata-mata untuk menolong dan meringankan  bebanan yang terpaksa  saya tanggung ini… Sesungguhnya,saya tidak mampu untuk membalasnya… Hanya ucapan terima kasih dan doa yang mampu saya hulurkan…Tak lupa juga,jutaan kemaafan  kupohonkan atas segala kesalahan dan kesilapanku selama ini… saya mengakui,memang terlalu banyak dosaku terhadapmu… saya minta maaf sebab saya dah banyak sakitkan hati..guriskan hati..dan di atas segala perbuatan,tindakan,perlakuan,percakapan dan tutur bicara saya yang banyak menyakitkan hati… gurauan dan sindiran yang telah melukai hatimu… Saya mohon maaf  atas segalanya… Saya amat berharap,komen dan tegurlah saya kalau ada yang dirimu rasa ianya tidak patut untuk saya lakukan terhadapmu… Saya sedia mendengar… dan sanggup untuk ditegur dan menegur… Maafkan saya sekadar yang mampu dirimu maafkan… Sememangnya saya bukanlah orang layak untuk di maafkan dan jauh sama sekali sesungguhnya saya memang tak layak untuk meminta,memohon dan merayu untuk di maafkan…

Harapanku Dalam Kesyukuran..


~ Hulurkan Aku Sepintal Tali Ketabahan dan Kecekalan Buatku Menyelusuri Hidup Ini ~

Bismillahirrhmanirrahim…

                Alhamdulillah,walaupun aku di beri pelbagai ujian,cabaran…namun sehingga ke hari ini aku masih lagi di kurniakan akal yang waras untuk aku terus hidup…aku ada Allah,yang Maha Penyayang..Maha Pengasih…untuk aku sayangi dan disayangi..walaupun aku tahu…aku cukup dan sungguh tidak layak sama sekali untuk merasai…menghirup…dan mendapat kasih sayang Allah…namun aku sentiasa berharap dan berdoa agar aku sentiasa mendapat perhatian daripada Allah…Ya Allah.aku tahu…memang terlalu banyak kesalahan…dosa noda…kesilapan…kecuaian…yang telah aku lakukan sejak dari dulu sehingga saat ini…tapi,Ya Allah,kau tolonglah aku…bantulah aku…sayangilah aku…kasihilah aku…aku amat-amat memerlukan  pertolongan dan bantuan dariMu.Ya Allah…aku tidak mampu untuk menanggung segalanya seorang diri…aku tidak mampu untuk selesaikannya sendiri…aku cukup dan memang lemah…Ya Allah,aku benar-benar berharap..kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya…Ya Allah Yang Maha Penyayang…kau berilah aku semangat dan kesabaran yang berpanjangan sehingga hari kematianku…kau hilangkanlah kesedihan di hatiku ini…Ya Allah,aku tahu,sememangnya aku tidak layak untuk mendapat dan merasai semua ini…Namun,Ya Allah…hanya padamu aku mengadu…hanya padamu aku memohon…hanya padamu aku meminta…

          Di dunia ini,tidak ada siapa yang menyayangi dan benar-benar memahami aku…namun pada alat canggih dan teknologi ini,aku luahkan segala-galanya…aku harap,dengan meluahkan di sini,aku dapat merasai ketenangan dan sekaligus meleraikan aku daripada kesedihan dan kekusutan yang melanda diriku ini…aku tahu,Allah mencipta dan menjadikan aku cukup sempurna…namun,sebagai manusia,aku merasai segala macam jenis perasaan…1001 jenis perasaan yang telah aku lalui dan rasai…

          Adakalanya…aku terfikir dan mahu hidup seperti dulu…walaupun aku tahu,dulu pun sama saja...Allah tetap bagi aku merasai nikmat ujian,musibah,halangan,cabaran dan halangan…namun aku rasa hidup di zaman dulu lebih bermakna dan indah…tapi,aku  tetap perlu teruskan hidup dan menerima kenyataan bahawa inilah zaman…masa…dan detik yang perlu dan mesti aku teruskan…biarlah aku redha dengan segala yang Allah tentukan untuk aku…aku tahu…dan yakin…sesungguhnya,ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala apa yang berlaku ini…

Aku S.A.K.I.T…



بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...

Alhamdulillah…bersyukur aku di atas segala nikmat yang telah Allah anugerahkan kepadaku..nikmat kesihatan..nikmat kesabaran..nikmat ketabahan..dan yang paling aku sudah lama menunggu dan tidak sabar untuk menanti iaitu nikmat kesempatan masa dan ruang yang Allah kurniakan untukku kembali muncul semula dalam episod blog aku kali ini…SubhanAllah…Walaupum aku sedar,siapa diriku jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat aku di Gombak sini…Namun, tidak perlu rasanya aku luahkan di sini, mengapa aku begitu…Bukan tidak sudi untuk berkongsi..malah aku nak dan teringin sangat-sangat untuk berkongsi luahan hatiku ini…Tapi, aku tak nak sampai ada yang salah faham, mengatakan aku cuba untuk menagih simpati orang…Bukan itu sikap aku…Jadi, biarlah ia terus bersemadi dalam jasadku ini walaupun aku perit untuk hadapinya... Alhamdulillah…di atas peluang yang di berikanNya kepadaku setelah sekian lama aku menyepi dari men’up date’ blogku ini…

Sepi aku membawa diri…Ku bawa diriku ini sejauh mungkin…Aku cuba untuk tidak menyusahkan sahabat-sahabat aku…Walaupun aku sendiri sudah tak tertanggung lagi untuk menanggungnya…Namun, bagiku biarlah aku cuba untuk hadapinya sendiri…Aku perlu cekal dan sabar dalam menjalani madrasah kehidupanku ini…Alhamdulillah..dengan berkat rahmatNya,aku mampu meneruskan kehiduoanku ini dan merentasi ujian yang datang walau aku sendiri hampir tewas dan mengalah…Tatkala ini,air mata yang menjadi peneman setiaku…Hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya hatiku…Cukuplah Allah bagiku untuk memahami diriku ini…Aku lebih selesa begitu…Itulah yang lebih terbaik walaupun kadang-kala ia ibarat menyeksa diriku sendiri…

Tinggalkan Aku Sendirian..!:(


Bismillahirahmanirrahim…
Bukan dari hati kecilku,untuk men’post’kan title ini dalam blogku kali ini… Bagiku,biarlah dia terus pergi dan lenyap dari kehidupanku.. Namun,aku keliru dalam kepasrahan… Kenapa kata-kata itu jadi realiti..? Maksud aku,kenapa dia kotakan kata-katanya itu sedangakan dia tahu hakikatnya bagaimana..huh.. Biarlah,walau sepahit mana pun..aku kena terima..aku kena dan mesti hadapinya… Sebab,memang itulah hakikatnya… Aku yang rasa… Sedih aku bila mengenangkan peristiwa ini… Awal kejadian ini,hampir setiap hari aku sebak dalam tangisan… Sekarang?... Aku cuba untuk berlakon dan berpura-pura untuk tidak rasa apa-apa bila berhadapan dengannya… Sejujurnya,aku yang cuba untuk menjauhkan diri ini darinya dalam terpaksa… Aku kurangkan masaku untuk bersembang dengannya..apatah lagi untuk berjumpa..yang ada hanyalah pertemuan ‘terserempak’…
Kami mula menyulam ukhuwah tika berada di alam matrik… Akhir-akhir pengakhiran kami di matrik,kami kerap bersama..memandangkan dua sahabatku Honey dan Nur Ilham sudah mula bercuti,dan berada di kampung halaman sebelum mereka memasuki alam kampus yang sebenar… Tika itu,dia antara sahabatku yang sangat rapat denganku… Tangisanku..luahanku..dia yang cepat mengetahuinya berbanding sahabat-sahabatku yang lain… Sebab kami satu bilik dan satu katil… Tapi,itu dulu… Sekarang tak lagi dah… Sedih ke..? Tak lah..! Langsung tak sedih..huhu… Dah dia yang nak macam tu..dia yang mintak buat macam ni… Dia dah tak perlukan aku,sebagai sahabatnya…
Waktu aku masih berada di matrik,dia pernah turun ke tempat aku belajar,memandangkan waktu tu dia dah pun berada di kampus sana… ALHAMDULILLHAH… ALLAH saja yang tahu perasaanku saat itu… Bersyukur dan gembira dapat berjumpa lagi..walaupun jarak antara tempat aku belajar dengan tempatnya tak lah jauh sangat pun… Cuma,dek kekangan masa,tugas dan amanah yang menghimpitnya..membantutkan dia untuk selalu turun… Aku faham,dan tidak kisah pun… Namun,pertemuan kami hari itu..seolah-olah bagaikan rumah yang menanti untuk di robohkan… Hanya dengan satu ayat yang di lafazkan dari mulutnya,sudah cukup buat aku faham dan mengerti segalanya…
Kini,benarlah apa yang di ungkapkannya dahulu… Setibanya aku di alam kampus ini, terlaksana jua detik itu… Sahabat,aku selesa begini jika itu membuatkanmu lebih selesa… Aku gembira bila dirimu bahagia… Walaupun kadang-kala sebak dan sedih aku dengan ujian ini… Aku yakin ada hikmahnya… ALLAH lebih memahami aku dan mengerti hakikat hatiku ini… Doaku,moga dikau terus bersama naungan rahmatNYA…
Nota qolbi : Buat sahabatku,aku bukan sesempurna insan untuk dirimu yang sempurna itu… Sesungguhnya, ALLAH yang MAHA Sempurna..!

Wednesday, January 19, 2011

Rayuanku pada-Mu ILAHI…


Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku yang hina dan keji ini..
            Ampunkanlah dosa  kedua ibu dan bapaku, kasihilah mereka sepertimana mereka kasih dan cinta kepadaku sejak kecil lagi.. Ya Allah, panjangkan umur mereka, selamatkanlah mereka dari bala bencanaMu.. Ya Allah, selamatkanlah mereka daripada seksaan api nerakaMu.. Ya Allah, letakkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu..
            Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.. Selamatkanlah adik-beradik aku.. Ya Allah, berilah mereka kekuatan dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini.. Ya Allah, selamatkanlah aqidah dan akhlak mereka, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh,solehah dan anak-anak yang mampu mendoakan ibubapa kami ketika mereka tiada kelak.. Ya Allah, berilah kejayaan kepada mereka dan sempatkanlah ibubapaku melihat mereka berjaya sebelum ibubapaku menghembus nafas terakhir mengucap kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.. Ya Allah, aku sayangkan mereka.. Didik dan pandulah kehidupan adik-beradikku menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..
            Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang hina dan kotor ini.. Ya Allah, aku sedar banyaknya kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan kepadaMu.. Ya Allah, ampunkanlah aku kerana aku takut Ya Allah untuk bertemuMu dengan keadaan diri aku yang lemah dan berdosa.. Ya Allah, aku tak tahu bilakah aku akan pergi berjumpa denganMu.. Ya Allah, jika hari ini merupakan hari yang terakhir aku di dunia ini, Ya Allah.. ampunkanlah aku, matikanlah aku dalam keadaan bertaqwa dan terampun dosa-dosa ini.. Ya Allah, ampunkanlah aku..
            Ya Allah, selamatkanlah sahabat-sahabatku, guru-guruku dan kaum muslimin dan muslimat.. Kuatkanlah iman dan taqwa mereka kepadaMu.. Ya Allah, selamatkanlah para ulama’ dan pejuang-pejuang agama tercinta ini.. Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama yang suci ini.. Ya Allah,Ya Sami’, dengarlah rayuan dan rintihanku ini..