CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 26, 2012

Kalam Sepi…




بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...

Keakraban yang terjalin,
Keintiman yang tercipta,
Kesempurnaan yang ternyata,
Hubungan ini ku sedari...

Bukan sekadar ucapan,
Bukan sekadar nukilan,
Bukan jua sekadar luahan...

Hakikatnya persahabatan ini,
Sangat indah dihiasi pelangi keriangan,
Keikhlasan resipinya,
Kesetiaan ramuannya...

Duhai permata hati,
Sedarlah bahawa,
Hanya kalian pendengar cerita,
Hanya kalian pengisi jiwa,
Ku panjatkan seribu kesyukuran,
Atas kehadiran kalian dalam hidup ini...

            Sabda Rasulullah S.A.W: “Seseorang bersama orang yang dicintainya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Orang yang dicintainya itulah kelak yang akan datang bersamanya pada hari kiamat. Silakan memilih, siapa yang kita cintai untuk datang bersamanya kelak… Jika kita mencintai Nabi S.A.W, mencintai para sahabat, mencintai manusia suci, beradab, terhormat dan beragama, insha-ALLAH, kelak akan datang bersama mereka. Seseorang akan dibangkitkan dengan orang yang dicintainya.

            Sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman di dalamnya, yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal dari Rasulullah S.A.W: “Aku mewajibkan kecintaan-Ku kepada dua orang yang saling mencintai di dalam jalan-Ku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan Abu Daud).

          Hadis Rasulullah S.A.W dari Umar bin Khatab r.a, beliau berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Sesungguhnya diantara hamba Allah, mereka bukanlah para Nabi, bukan para Syuhada’, namun para Nabi dan para Syuhada’ merasa iri dengan tempat yang mereka terima daripada Allah pada hari kiamat. Mereka adalah kaum yang saling mencintai dengan roh Allah yang bukan (berasal) dari satu rahim, diantara mereka (tidak ada ikatan keluarga, bukan juga demi harta yang saling mereka berikan). Demi Allah! Wajah mereka bagaikan cahaya, dan sungguh mereka seperti cahaya. Bila manusia takut, mereka tidak takut, bila manusia bersedih, mereka tidak bersedih.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

            Aku tidak pernah menghalau memori indah yang kadang-kadang datang bertamu melawat aku tatkala rindu. Aku biarkannya bermain di hujung kalbu sekehendaknya. Ia akan pulang dan datang lagi semahunya. Aku cukup senang begitu walaupun hadirnya boleh mencarik kembali kudis luka yang hampir sembuh.

          Hidup ini tidak akan lelah andai ditemani teman sejati. Segala susah dan senang diharungi bersama. Segala cabaran dan kejayaan di orak menjadi satu kenangan yang indah.  Istilah SAHABAT adalah definisi yang paling tepat untuk menggambarkan teman sejati. Keakraban sebuah hubungan yang tidak pernah putus walaupun berpisah di dunia, malah kan bertemu pula di akhirat sana. Hatta, Rasulullah S.A.W tercinta sendiri mempunyai ramai sahabat yang para ulama’ dan sejarawan menafsirkan bahawa, keakraban mereka sehingga tidak sanggup melihat sahabat yang lain susah dan menderita walau sedikit pun. Perkara yang baik disokong, yang buruk ditegur. Sungguh indah persahabatan yang digambarkan.

            Nabi Adam AS juga ketika dicipta sebagai manusia pertama disyurga kesunyian tanpa teman disisi. Melayan resah dan gembira, mengharung langkah-langkah kehidupan dan berkongsi hati dan jiwa. Lantaran itu, Allah menjadikan Hawa pendamping setia daripada tulang rusuk baginda, tempat terbitnya segala perasaan iaitu paling hampir dengan hati.

            Kisah ini bukanlah gambaran tentang kisah cinta yang paling agung di abad manusia, tetapi refleksi kelahiran teman sejati dari dalam diri seseorang yang benar-benar mendambakan teman sejati disisi. Teman sejati lahir dari hati yang tulus dan suci serta ketinggian peribadi dan pekerti. Bayangkanlah, tatkala bersendiri mengharungi kesusahan, tertekan dengan pelbagai masalah, siapakah orang pertama yang terbayang dimata kita? Orang-orang yang sekurang-kurangnya apabila mengingatinya dapat mengurangkan beban yang digalas serta mengatasi kebuntuan diri.

            Namun, sukarnya mencari teman sejati ibarat mencari mutiara bernilai dilautan. Lalu, bagaimana? Jawapannya mudah. Lahirnya teman sejati adalah dari peribadi yang mulia. Andai baik peribadi dan akhlak kita, maka baiklah teman kita. Begitu juga sebaliknya. Ibarat menanam benih yang sihat, dibajai dengan akhlak mulia dan disirami dengan keikhlasan, maka hasilnya adalah pohonan rimbun yang begitu banyak manfaatnya. Maksudnya, memberilah dahulu dengan ikhlas, maka yang diterima juga adalah yang baik, insha-ALLAH...

            Persahabatan itu tinggi nilainya. Mereka yang bersahabat, saling berkorban antara satu sama lain dan mencintai setulus hati. Ia adalah amanah yang terlukis dalam janji Allah bahawa mereka yang saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah serta berpisah kerana-Nya dijamin lindungan 'Arasy di mahsyar kelak. Mereka ini saling nasihat menasihati ke arah kebaikan serta saling menjaga sahabatnya agar tidak terjatuh kelembah kehinaan.

           Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang
menolong ketika susah. Persahabatan itu perlu proses untuk mencapai tahapnya yang cantik dan hebat. Bukanlah selepas sehari dua perkenalan, terus asyik dan erat. Persahabatan yang tidak melalui ujian, cabaran, dan dugaan belum boleh dikatakan persahabatan yang mantap. Hatta Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda, ukhuwwah mereka sering teruji. Mereka teruji dengan cerita yang luar akal, yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W seperti Isra’ dan Mi’raj. Mereka teruji dengan kesempitan hidup, dipulau bersama Rasulullah S.A.W selama 3 tahun 3 bulan. Mereka teruji dengan peperangan demi peperangan, diseksa dan sebagainya, hanya kerana punya hubungan dengan Rasulullah S.A.W. Fikrah mereka juga dibina dengan pengisian-pengisian daripada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Bukannya duduk lenggang begitu sahaja, dan tiba-tiba berkata: “Aku cintakanmu Rasulullah S.A.W.”

Bukan. Mereka melalui proses.

          Maka begitulah hubungan kita. Mustahil terus erat ukhuwwahnya, tanpa melalui proses. Tanpa wujudnya kefahaman akan makna sebenar ukhuwwah, tanpa melalui cabaran dan dugaan bersama-sama, tanpa bermusafir bersama, tanpa berkongsi kelemahan dan kekuatan, tanpa melalui satu jangka masa. Mustahil.

          Tetapi ramai antara kita tidak bersabar. Terus hendak berjumpa dengan ukhuwwah yang sejati. Makna ukhuwwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah… Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah S.W.T.

Tatkala ku dilanda kemurungan,
Kalian jualah yang berada di sampingku,
Mendengar luahan hati yang tersirat,
Dikala dugaan itu tiba…

Kalian jualah yang mengajarku supaya kuat dan tabah,
Bukan kerana aku seorang yang lemah, bukan jua tidak berdikari,
Tapi, kerana kumemerlukan seorang teman yang benar-benar ikhlas,
Walaupun aku menyusahkan dan selalu sahaja meminta pertolongan,
Namun, di saat aku dilanda kepayahan, kalian taburkan nasihat tanpa kenal putus asa…

Alangkah indahnya nilai sebuah persahabatan jika disulami dengan keikhlasan,
Maafkanku jika selama ini selalu menyakiti kalian…

~Cerpen untuk kalian~

          Aku mempunyai teman, kawan, sahabat yang amat rapat. Kami berkenalan sejak beberapa tahun lalu. Perkenalan kami tidak dirancang. Hanya dengan sedikit perkongsian kisah suka dan duka, kami menjadi rapat. Aku pernah menangis kerananya. Malah kalian juga pernah menangis kerana aku.

          Ukhuwwah kami semakin bertaut rapat, serapat adik beradik kandung. Tidak ada harta yang kami berkira. Kami juga saling sayang menyayangi, mungkin bak Abu Bakar menyayangi Muhammad S.A.W.

          Andai kami tahu hasrat salah seorang daripada kami inginkan sesuatu, kami akan menghadiahkan barang kesukaannya itu. Harga dan nilai tidak pernah menjadi pertimbangan kami. Bagi kami, kegembiraannya adalah kebahagiaan kami jua. Usahkan permintaan untuk ditunaikan, hasrat dihati pun akan kami selami untuk disempurnakan.

          Itulah juga yang kalian lakukan terhadapku. Pantang didengari kuinginkan sesuatu, pasti sahaja kalian akan menunaikan hasrat tersebut. Makan, minum dan sakit demam aku sentiasa diambil berat. Kalian menemaniku sepanjang malam.

          Andai kami terpisah selang beberapa waktu, pasti rindu akan membelit jiwa dan raga. Jangankan sehari atau seminggu, sejam sahaja sudah tidak mampu melelapkan mata.

          Bagi kalian, kesakitanku adalah kesakitan kalian jua. Seperti mafhum hadis Nabi S.A.W, cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Yang sakitnya kepala, yang menasihatinya mulut, yang mengusapnya tangan dan yang tidak lenanya adalah mata. Begitulah kalian diibaratkan. Kasih sayangku pada kalian menjadi lebih dalam dan semakin mendalam. Bahagianya aku mempunyai teman seperti kalian. Kalian yang penyayang, pemurah, peramah, penghibur, peneman yang setia, malah segalanya. Kalianlah temanku untuk saat duka mahupun duka.

..........


Jika kalian menangis, luahkan padaku, 
Ku tak janji mampu buat kalian tersenyum, tapi kuboleh menangis bersama kalian..
 

Jika kalian ada masalah, sudilah cerita padaku,
 
Ku tak janji boleh bagi penyelesaian, tapi kalian boleh berkongsi denganku..
 

Jika kalian mahu keluar, maklumkan padaku, 
Ku tak janji boleh selalu teman kalian, tapi ku akan cuba agar selalu boleh teman kalian..

Jika kalian perlukan seseorang untuk mendengar cerita kalian, ku sedia mendengar..

Tapi, jika suatu hari kalian perlukanku dan ku sudah  tiada, mungkin kerana Allah lebih menyayangiku...

PERMATA HATIKU,
Moga kenangan kita pada hari ini bersebati bersama ukhwah yang telah lama Dia bina kan untuk kita.. Diriku tidak pandai bermadah pujangga.. Cukuplah untuk kalian tahu yang diriku disini sentiasa ternanti-nanti apa yang Dia rencanakan untuk kita semua selepas ini…

PERMATA HATIKU,
Perjalananku, mungkin dihentikan disini.. Bakal berakhir suatu masa dan ketika.. Aku perlu bersedia, dan kalian perlu cekal dan tabah.. Moga ukhwah antara kita berkekalan bersama doa kita semua, insha-ALLAH,aamiin. Terima kasih atas nasihat yang telah kalian sampaikan…


Jangan dinilai sesuatu sekadar zahirnya semata,
Pandanglah dengan mata hati,
Renungkan dengan akal,
Fikirlah dengan iman,
Insha-ALLAH kita akan mengerti…


          Ku akhiri bicara di penghujung lakaranku ini dengan sebuah catatan.. Semoga kita beroleh teman sejati dambaan syurga, ameen…

Nota Qolbi: Lakaran ini adalah untuk kalian..dan sudah semestinya sebagai muhasabah,renungan dan peringatan buat diriku yang khilaf ini..harapan dan doaku,semoga kalian bertiga kembali mesra dalam satu hubungan yang erat dan teguh seperti sebelum ini…Aamiin.

~Tangisan kedukaanL~
~syifa al-harits (A_ _ _ _)

والله تعالى أعلم...

Saturday, September 10, 2011

Musafir Mencari Ilmu...


بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...

~ Entri ini dicoretkan sempena bermulanya kembara dan musafir saya ke Taman Ilmu dan Budi ~

* Buat Adik-adikku Izzah, Madihah dan Fatihah...

* kita bertemu kat bilik nanti ye..:) *

Saya bertemankan FATIHAH...
Butiran musafir kami :
10 Sept 2011 ( 12 Syawal 1432H ) - SABTU
9.30 MALAM - malam ini
Di Stesen Kota Bharu ( Tesco )
Dengan menaiki bas Shamisha...

IZZAH telah bertolak dari Stesen Butterworth menuju ke rumah Pak langnya, pada awal pagi tadi..dan sekarang hampir tiba ke rumah Pak Langnya..dan akan bertolak awal pagi esok menuju ke bumi Gombak...

MADIHAH pula akan memulakan perjalanannya pada malam ini, terus menuju ke Gombak...
* Buat Sahabatku, DINI...

* walau keseorangan, ALLAH disisi menemanimu... *
Bakal memulakan perjalanannya pada hari dan tarikh yang sama dengan saya.. Cuma, bertolak pada pukul 9.00 malam ini dengan menaiki bas Budaya di stesen yang sama denganku...

* Buat Sahabatku, ATHIRAH...

* KUAT semangat ye, SAYANG...! *

Bakal memulakan perjalanannya esok... Semoga selamat tiba... Kita jumpa di sana ye!
* Dan kepada semua sahabat handai dan adik-adik kenalanku, SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS & SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DI BUMI GOMBAK...

* hari terakhir aku di rumah *
10 Sept 2011
5.46 PM
~ barang tak packing lagi..heh heh..rileks saje, di hati gabra jugak ni... ~
    

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah


* Bersumberkan sepenuhnya : Oleh Zaharuddin Abd Rahman *

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh hebahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya', serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.


Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.


Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih :

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW :

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده 
عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa Syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa Syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW :

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.