CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 23, 2011

DIALOGUE ADMIN - STUDENTS

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T... 

~ INVITATION TO ALL IIUM'S STUDENTS ~



.. poster ..


.. notice ..

.. handbill ..


PLEASE COME AND JOIN US...!

Sunday, May 15, 2011

Sebutir Mutiara...

Bismillahirrahmanirrahim...

          Dah 21 tahun aku meninggalkan alam persekolahan….Tapi tahun inilah baru aku boleh mengucapkan Selamat Hari Guru melalui blog….Namun aku masih ingat kesemua nama guru kelas aku sehingga sekarang….dari sekolah rendah hingga sekolah menengah….Cuma aku memang tak ingat guru tadika aku…..sebab aku masih budak kecik lagi...hahaha...1997,aku masuk alam persekolahan- Sekolah Rendah Kem Desa Pahlawan...Guru aku darjah Satu Kenari…Guru yang mengenalkan aku pada huruf A,B,C…1,2,3  ….Alhamdulillah, aku boleh membaca, menulis dan mengira…Terima kasih cikgu!…Guru aku darjah Lima Amanah…perghh garang jenis tak ingat ! memanjang libas rotan kalau sifir tak terhafal……Terima kasih cikgu…Apa pun saya mintak maaf  sebab saya ketika itu hanya mampu menghafal sifir satu sampai sifir sepuluh je…Sifir lain memang susah nak ingat,cikgu!...Begitulah ianya berakhir dan seterusnya aku melangkah ke peringkat menengah...dan kemudian ke alam kampus,tempat yang aku belajar sekarang...Tentulah banyak kenangan dan memori sepanjang tempoh itu...Bukan itu yang aku ingin kongsikan di sini...Namun, apa yang penting sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih aku kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku...TERIMA KASIH CIKGU...!JASAMU TETAP KU KENANG...


Banyak dapat BUNGA? * Tanda tugas guru mengharumkan dunia..
Dapat PEN? * Tanda guru bijak melakar kata..
Dapat PEMADAM? *Tanda sentiasa membetulkan yg dusta..
Dapat MESEJ? *Tanda sentiasa di ingatan! 
"SELAMAT HARI GURU"



   
Tak lupa istimewa :
"Selamat Hari Guru Abah & Kak Long"...

p/s : maaf,post kali ni sgt x seberapa...ayat yg sgt biasa sbb xsmpt...

Saturday, May 14, 2011

Aku Sudah Berkahwin . . .

kau & aku...:)



Bismillahirrahmanirrahim…

CINTA..suatu lafaz keramat yang acap kali khalayak membicarakan tentangnya..dari yang bernama remaja sehinggalah insan-insan yang usianya ditelan senja… Ia diibaratkan hembusan nafas untuk sebuah kehidupan..suatu anugerah kurniaan Ilahi… Cinta..sebahagian naluri insani..ingin bercinta dan dicintai… Tapi, cinta..tidak selamanya mengarah dan menjurus kepada perilaku seksual semata… Masih ada cinta lain yang harus kita perhatikan dan dambakan sentiasa..suatu hakikat yang sering dilupakan… Apakah cinta itu?

Cinta kepada Islam..
 Cinta kepada saudara seIslam..
Cinta akan keadilan dan kebenaran..

Itupun masih banyak bunga-bunga cinta yang belum dibicarakan..yang terukir indah di bawah naungan cinta Allah dan RasulNya…

Cinta adalah nikmat dari Allah..
Yang membuat dunia menjadi tiada bertepi..
Lebih dalam dari lautan yang dalam..
Lebih tinggi dari angkasa membumbung..
Berbahagialah yang dihidupkan hatinya dengan cinta..
Namun waspadalah..
Bagi orang yang dibutakan hatinya dengan cinta..
Seindah-indah cinta adalah cinta kepada penggenggam alam semesta..
Kepada Yang Maha Mencinta..
Yang tiada pernah putus cintanya, yang kekal cintanya..
DIA lah ALLAH..
ALLAH Yang Maha Agung, Maha Indah, Maha Penyayang, Maha Membela, Maha Mempesona..
Cinta kebenaran..
Cinta Rasulullah..
Cinta semata-mata kerana ALLAH…

Nota Qolbi : “ Aku sudah berkahwin…” detik hati abg long & kak longku... Bermaksud, aku juga sudah punya kakak…hahaha…:)

Wallahu’alam…

Terima Kasih Untuk Itu…:)


*Entri ini kulakarkan untukmu,SAYANG…!!!

Assalamualaikum w.b.t…
            Alhamdulillah, hanya itu yang mampu ku ungkapkan di atas kesempatan waktu yang dipinjamkan untukku membelaimu kini… Aduhai, kesian dan sedih kamu duhai hati ditinggalkan sendirian begini… Tidak mengapa, kamu kan KUAT… Huh..dah berhabuk dan bersawang rupanya kamu… Tak pe..tak jadi hutan tebal lagi…:)haha…

*. . . . . *  
kite rama2...

“ Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan ………..
Allah selamatkan kamu..
Sweet twenty one ye sahabatku sayang…
……… harap moga ………… happy dan ceria sokmo…
Jaga kesihatan,jaga Iman, jaga hati..jangan sedih sorang2…
Doaku moga Allah tak putus2 memberi kasih sayangNya padamu dan dipermudahkan urusan hidup di dunia dan di akhirat…*

Nota Qolbi : Amat menyentuh hatiku..kenapa?huhu..di hatiku, ada jawapannya…dengan berlatar belakangkan background music yang amat menarik..dan diserikan dengan gambar yang sangat sweet… TERIMA KASIH, SAYANG…!

 .*. . . . .*          
suke sangat...
Nota Qolbi : TERIMA KASIH, SAYANG…! Untuk hadiah yang sangat special dan bernilai…


*. . . . . . .*
so CUTE...
dah letak gmbr dah,dik...
Nota Qolbi : TERIMA KASIH, SAYANG…! Untuk hadiah yang sangat sweet..:)