CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 14, 2011

Terharu Sangat dengan ADIK2KU…!:)


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah… Bersyukur dan bertuah aku dipertemukan denganmu, duhai adik-adikku yang amat disayangi..insan-insan yang begitu bermakna dalam mencorakkan lukisan kehidupanku, lebih-lebih lagi di alam kampus ini… Sebak dan terharu aku dengan perkenalan ini… Sedih untuk melakarkan coretan ini… Namun, diriku tetap jua mencuri masa untukku merakamkan sekalung terima kasih dan untaian penghargaan buatmu, SAYANG…

Pagi Jumaat, 11 Mac . . .
            Ini antara beberapa sedutan mesej yang kuringkaskan bersama salah seorang adik denganku…
Adik : Salam akak…boleh tak nak jumpa akak petang ni?
Aku : Wslm, boleh… Nape ye,dik?
Adik : Saya ada masalah ni..nak mintak tolong akak..nak jumpa akak petang ni kat café aminah, boleh?
Aku : Owh yeke..boleh2,Insya Allah akak cuba bantu dan tolong semampunya…
Adik : Ok akak, hanya akak je yang boleh tolong..diorang yang lain tak boleh..dan tak boleh jumpa kat bilik,nanti ada orang lain…
Aku : owh ok2...
Adik : Ok, kita jumpa dalam kul 6.20 ye…
Aku : Dik, ada masalah ape?nape dik?maila kita jumpa terus…
Adik : Em,takpe2 akak..tak boleh..

Tiba-tiba . . .
Aku : Tak pelah, dik..akak dah jadi sangat moody…
Terus, dia takut dan nampak jugak menggelabah..yela,dah rasa sangat bersalah dan risau..bertubi-tubi mesej memenuhi ruang inboxku, ayat-ayat mintak maaf..dihantui dengan perasaan bersalah dan menyesal… Aku biarkan saja waktu itu, sekadar baca tanpa memberi respon... Apalagi, dia terus memberitahu niatnya yang sebenar… Tapi, sekadarnya je… Aku masih lagi tak dapat menghidu baunya..huhu.. Aku pun sama jugak la… Terus, memberi respon seperti mesej yang awal-awal tu..dan menerangkan niat sebenar aku, nak bergurau je..tak sangka pulak, dia percaya..kesian kat adik yea… Tapi, adil la kan..sama-sama mengena dan diperkanakan..hahaha… (jahat kakak kamu ni)

Kemudian . . .
Adik : Ok akak, kita jumpa kul 6.20 kat bilik akak..akak buzy tak?ade kerja ke petang ni?
Aku : Ok, boleh insya Allah.. (walaupun aku masih lagi tak faham)
Sangat-sangat pelik dengan adik ni..detik hatiku… Sebabnya, sahabat roommateku tak dela pulak gtau ape-ape pun kat aku…

Tiba-tiba, muncul seorang adik lain . . .
Adik : Salam akak..bilik akak katne?
Aku : ……….. ( jawab aku, dan pelik jugak nape adik ni nak mai bilik aku..bukan dia tak pernah mai, tapi besenya dia akan gtau sebabnya…)

6.30 petang . . .
Aku tiba di bilikku setelah menyelesaikan beberapa tugasan di blog mahallah aku.. Terkejut, adik yang tanya bilik aku tu dah ada kat bilik… Apalagi, aku terus tanyela tujuannya ke bilikku… Tapi, belum sempat  dijawab, terus di backup (aku rasala, betul tak..?heheh…)oleh sahabat roommateku… Aneh aku dengan diorang hari ini… Kemudian, dua orang adik sampai dengan barang-barang mereka..ape benda lah tu… Berganda lagi anehku terhadap mereka setibanya adik yang mesej denganku awal2 tadi tu tiba di bilikku…  

Tiba-tiba . . .
Mereka semua menuju ke bilikku dengan berbekalkan makanan yang sangat banyak dan special… Aku sangat suka… Mana tidaknya, makanan kegemaranku… Maka, berlangsunglah acara yang kutunggu-tunggu (yela tu..pura-pura tahu lak)dan penuh gilang-gemilang (cewwahh!!!)… Hah, ape  ni adik-adik..? Sungguh tak sangka dan sangat terkejut dengan plan adik-adik… Al-Fatihah sebagai pembuka majlis, dan dilengkapkan dengan doa selamat yang dibacakan oleh salah seorang ustazah (sahabat roommateku betul la kan..hehehe..)bermulalah majlis kami… Seterusnya, acara bagi hadiah dan kad kreatif yang direka dari hasil tangan adik-adikku ini… Terima kasih dan tahniah semua..! Anda telah berjaya menjadi pelakon hebat..hahahaha…

Inilah hasilnya . . .
comey nye...

kreatif tau...

berlipat-lipat ye dik...

nape 21 dik...?

ape 2...?
Sahabatku & adik-adikku . . .
            Syukran jazilan atas ikatan ukhuwah yang dibina ini… Doaku moga ukhuwah kita semua terus erat dihiasi warna kasih sayang… Moga ikatan hati antara kita bertambah utuh walau berjuta badai yang melanda… Maafkan akak atas kelakuan dan tutur bicara yang mengguris hati kalian semua… Sesungguhnya, akak tak mampu untuk menjadi seorang kakak yang baik untuk adik-adik akak yang TERBAIK ini…! Tapi, akak sangat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai adik-adik semua… Sebagai penutup entri kali ini, sambutlah salam kasih..salam sayang..salam cinta..salam rindu..dan salam ukhuwah dari akak buat adik-adik semua… MISS YOU & LOVE YOU ALL, MY SWEETHEART…:)

6 comments:

  1. huhu..sape la roomatenye tu ek..ustazah la sangat..tme kase jadi roomate fza, terima kelemahamn fza, dengar bebelan fza, menjadi mangsa fza setiap hari..maaf atas segalanya fasihah..ukhwah fillah abadan abada wa uhibbuki fillah..:)

    ReplyDelete
  2. terharu izzah!!izah pon nk mntak maaf dan beribu2 terima ksih bt akak2 smua=)

    ReplyDelete
  3. Kata-kataku buatmu,~Kakak~
    "Sesungguhnya menyayangi seseorang kerana Allah ialah ingin melihatnya ke syurga Allah. Jika benar dirimu menyayangiku kerana Allah, tegurlah salahku, perbetulkan silapku, perbaiki kalimahku, larangi diriku dari melakukan dosa, peringatkanlah daku bila kuterlupa, nasihatkanlah diriku agar tidak lalai, jangan buka a'ibku, dan maafkanlah kesalahanku"

    ~Terima Kasih atas semua itu~

    ReplyDelete
  4. Buat roomateku,faezza...
    Syukran sudi baca post yg tak seberapa ini..dan syukran jugak sudi kmen...Jazakillahu khoir...Insya Allah,bakal ustazah..kan..?hehe..fchah bersyukur dan bertuah sangat dapat jadi roomate fza...seronok sangat dapat duk sebilik...Alhamdulillah...Terima kasih kembali sebab sudi duk sebilik dengan fchah dan jadi roomate fchah...Fza,bukan kelemahan yg fchah cari,malah bukan kelemahan juga yg fchah terima...fchah langsung tak pernah rasa pun fchah menjadi mangsa bebelan fza...Malah fchah sangat bersyukur dan berterima kasih kat fza sebab sudi tegur dan nasihatkan fchah...Perkara yg paling buat fchah terharu,sikap fza yg sangat amik berat sal kesihatan dan masalah2 fchah...fchah takde terasa pun dengan fza...fchah pun sama,mintak maaf banyak2 atas segala kesilapan...Ukhuwah fillah abadan abada wa uhibbuki fillah aidhon...sayang+rindu FAEZZA...!

    ReplyDelete
  5. Buat adikku,Izzah...
    Syukran sudi baca entri akak kali ni dan sudi tinggalkan komen...Jazakillahu khoir...Tak de pape la dik...Akak tak pernah simpan dalam hati pun...Sama2 kasih,dik...Berjuta-juta terima kasih dari akak...

    ReplyDelete
  6. Buat adikku,Fatihah...
    Syukran dik sudi baca entri akak kali ni yg tak seberapa ini dan jugak sudi tinggalkan komen...Jazakillahu khoir...
    *Akak terima kata-kata itu*...
    Syukran kathir ukhti sayang...
    ~Sama-sama Kasih untuk semua itu~...hehehe...

    ReplyDelete