CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 14, 2011

Aku Sudah Berkahwin . . .

kau & aku...:)



Bismillahirrahmanirrahim…

CINTA..suatu lafaz keramat yang acap kali khalayak membicarakan tentangnya..dari yang bernama remaja sehinggalah insan-insan yang usianya ditelan senja… Ia diibaratkan hembusan nafas untuk sebuah kehidupan..suatu anugerah kurniaan Ilahi… Cinta..sebahagian naluri insani..ingin bercinta dan dicintai… Tapi, cinta..tidak selamanya mengarah dan menjurus kepada perilaku seksual semata… Masih ada cinta lain yang harus kita perhatikan dan dambakan sentiasa..suatu hakikat yang sering dilupakan… Apakah cinta itu?

Cinta kepada Islam..
 Cinta kepada saudara seIslam..
Cinta akan keadilan dan kebenaran..

Itupun masih banyak bunga-bunga cinta yang belum dibicarakan..yang terukir indah di bawah naungan cinta Allah dan RasulNya…

Cinta adalah nikmat dari Allah..
Yang membuat dunia menjadi tiada bertepi..
Lebih dalam dari lautan yang dalam..
Lebih tinggi dari angkasa membumbung..
Berbahagialah yang dihidupkan hatinya dengan cinta..
Namun waspadalah..
Bagi orang yang dibutakan hatinya dengan cinta..
Seindah-indah cinta adalah cinta kepada penggenggam alam semesta..
Kepada Yang Maha Mencinta..
Yang tiada pernah putus cintanya, yang kekal cintanya..
DIA lah ALLAH..
ALLAH Yang Maha Agung, Maha Indah, Maha Penyayang, Maha Membela, Maha Mempesona..
Cinta kebenaran..
Cinta Rasulullah..
Cinta semata-mata kerana ALLAH…

Nota Qolbi : “ Aku sudah berkahwin…” detik hati abg long & kak longku... Bermaksud, aku juga sudah punya kakak…hahaha…:)

Wallahu’alam…

No comments:

Post a Comment