CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 10, 2011

Hadiah Terindah dari Allah . . .


~ Sesunguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa Di Atas Segala Kejadian Yang Kau Ciptakan ~

~indah bercinta dengan-Mu~

بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...    

     ALHAMDULILLAH… Sesungguhnya segala puji hanyalah untukMu… Aku memujiMu, meminta pertolongan dan ampunan dariMu… Aku berlindung kepadaMu daripada setiap kejahatan jiwa dan kejelekan amalanku… Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki di atas setiap sesuatu yang dipunyai … Sesungguhnya Engkaulah Tuan bagi setiap ciptaanMu… Puji dan syukurku atas segala kurniaan dan nikmatMu..dan di atas kesempurnaan dan kesihatan jasadku saat ini, sehingga kepada mutiara-mutiara ilmu dan ilhamMu ini… Ku memohon rahmat dan redhaMu untuk setiap lakaranku ini…

          Kembali aku dalam epilog blogku kali ini… Sudah sebulan aku meminggirkan laman sesawang ini… Sunyi dan sepi tanpa alunan jari-jemariku ini… Bukan kerana kesibukan… Memang benar, aku sekarang sedang mengikuti cuti semester yang tinggal  beberapa minggu cuma… Namun bagiku, tidak bermakna laman ini turut direhatkan jua… Percutian semesterku kali ini sangat berbeza… Cuti sebelumnya, hanya pertemuan dan rawatan kecil saja yang dilakukan… Namun, aku tidaklah begitu terkejut… Aku bagaikan sudah dapat merasai bahawa ini yang akan berlaku, kerana beberapa kesakitan yang di alami semasa short semester tempoh hari…


Aku terkulai lemah dalam kerehatan… Saban hari, mataku semakin membengkak… Pandanganku kabur dan samar… Aku bagaikan buta… Hariku bertemankan air mata… Titisan demi titisan gugur dari kelopak mataku ini… Ku cuba menyeka… Namun, semakin laju mutiara jernih ini mengalir..deraianku semakin deras..dan akhirnya menjadi satu tangisan… Aku redha dalam tangisan… Begitu juga dengan fizikalku… Lemah dalam pergerakan… Terpaksa aku mengundurkan diri dari keterlibatan tugasan itu, yang telah diamanahkan kepadaku… Sedih dan kecewa, hanya itu yang mampu kuluahkan… Namun, kuperlu turuti nasihat dan larangan yang telah diberikan untukku… Aku perlu dirawat dan diubati… Buat semua penasihat, ajk pelaksana dan seterusnya buat semua sahabat seperjuanganku, ku memohon kemaafan dari lubuk hatiku yang hina ini, kerna tidak mampu untuk turut sama membantu dalam menjayakan program itu… Apakan daya, aku merancang..ALLAH jua merancang… Namun, perlu diakui, bahawa ALLAH YA BARI’… DIALAH sebaik-baik Perancang… Hanya gugusan doa yang mampu kuhulurkan…

          Selautan kesyukuran kupanjatkan..segunung penghargaan ku untaikan.. dan sejambak ucapan terima kasih kuhadiakan buat sahabat-sahabatku dan adik-adik kenalanku di atas kiriman mesej dan panggilan yang dilayangkan tanpa henti dan tanpa jemu untukku di sini… Aku sangat bersyukur dan menghargainya kerna ia mampu menjadi penguat semangat..hembusan ketabahaan dan bingkisan kesabaran untukku… Adakalanya, mampu membuatku tersenyum dan sebak… Terima kasih kerana sentiasa sudi dan setia men’sms’ dan menghubungiku walau tiada balasan dan jawapan dariku..dan bersusah-payah menghubungi keluargaku di sini… Jua gugusan doa yang dihulurkan… Sesungguhnya, hanya doa yang mampu kuhadiahkan, buat kalian semua… Namun, titipan kemaafan kupohonkan di atas ketidakbalasan pesanan sms dan panggilan itu… Maafkan diri ini, tiada berdaya untuk kulakukannya… Aku hanya mampu mendengar alunan pesanan sms itu, namun jariku tiada pantas untuk membaca dan membalasnya..dan aku hanya mampu mendengar deringan panggilan itu, namun mulutku mati untuk bersuara… Semoga kalian memahami situasiku saat itu…

Kadang-kala, langkahku hampir tersungkur... Tidak patut dan tidak layak untukku terus berpijak dibumi nyata ini, dan mungkin begini takdir hidupku... Namun begitulah, tiada siapa yang akan tahu ketetapan ALLAH di papan Loh Madhfuz sana... Aku pasrah dan redha dalam linangan air mata dan peritnya apabila kajian analisa yang menghantui diriku ini...  Pernah dijelaskan padaku, tapi aku masih terus memilih untuk tidak mempercayainya… Walau berkali dikatakan, namun aku tetap menidakkan... Rendah dan hinanya diriku ini apabila ingin menanti kunci simpulan ujian ini kepadaku, kerna aku tidak mampu untuk merungkainya sendiri... Aku tetap yakin dengan janjiMu...


Adakalanya, terburai jua hati ini apabila diasak untuk menerimanya... Hinanya aku dengan ketetapanMu... Namun, ALLAH Maha Penyayang..menghulurkan aku seuntai tali kasih sayang..dan aku sempat berpaut dan menyelamatkan sekeping papan cintaku yang telah aku ukirkan namaMu, YA ROBB... Berbekalkan kekuatan yang ALLAH pinjamkan padaku, akan kukendong kasih cintaku padaMu agar ia tidak tercicir di persimpangan kehidupanku... Telah aku binakan tugu kasihMu di hatiku..dengan batu-batu keikhlasan..dan padanya aku ukirkan namaMu dengan dakwat keemasan yang indah dan berkemilau... Jangan Kau biarkan cintaku ini goyah dan reput... Akan kusimpan cintaku ini padaMu seteguh tugu yang telah kubina di hati ini... Hanya takdir yang akan menentukan riwayat sebuah perjalanan hidupku ini... Dugaan-Mu ini, memilukan hati sanubariku… Hampir saja aku berputus asa… Namun, aku yakin dengan bantuan dan pertolongan-Mu…

……………………………............

Semester lalu, pada suatu hari… Terpaksa aku men’excuse’kan diri dari kehadiran dalam usrah… Mungkin, ada yang rasa pelik dan aneh dengan sikapku hari itu…Pagi itu, terasa lemah seluruh badan… Sakit menyerang diri… Seharian aku terkulai lesu di katil… Hilang selera makan… Terhenti seketika aktiviti hari itu… Tiada berdaya untukku melangkah keluar… Menangis menahan kesakitan… Hanya rintihan penenang diri… ALHAMDULILLAH, malam itu sakitku makin berkurang dan seleraku kembali pulih… Sekalung terima kasih akak hadiahkan buat adik-adik roommate akak kerana bersusah-payah berkorban menjaga kesihatan akak tika itu… Namun, maafkan akak kerna membuatkan kalian tertanya-tanya dan akak tidak menceritakan perkara sebenar… Bukan tidak sudi untuk berkongsi, cuma mungkin belum tiba masanya… Maafkan akak ye… Segunung terima kasih jua kuuntaikan buat sahabatku, along kerana bersusah-payah melangkah, meredah dingin malam dari mahalah sana untuk melawat dan menemaniku malam itu..dan segugus terima kasih jua kulafazkan buat sahabatku Honey dan Sayang kerana berkorban masa, menziarahiku…

Kehabisan bekalan ubat… Umi terlupa untuk mengirimkannya pada abg long dan kak long sewaktu mereka datang mengunjungiku… Aku gembira dalam kerisauan… Gembira kerana tidak perlu bertungkus-lumus memakan ubat… Namun, dalam masa yang sama, aku tetap risau… Risau terjadi apa-apa… Risau, andai ia datang menyerang secara mengejut, terutamanya ketika sesi pembelajaran dan peperiksaan berlangsung… Ketika revision period itu, sebenarnya aku terpaksa pulang ke rumah untuk rawatan dan pemeriksaan… Lantaran itu, aku terpaksa menolak permintaan adik-adikku untuk keluar bersama walau hati ini membantah… Sedih dan kecewa menguasai diri… Maafkan akak, adik-adik… Ku berbisik pada hati, agar bijak dan matang membuat keputusan… Namun, sebaliknya yang berlaku… Setelah beberapa perkara dinilai, akhirnya satu jawapan yang kutemui… “Mungkin inilah petunjukNYA”, detikku selepas beberapa jam berfikir… Kubatalkan niatku untuk pulang, kerana dalam rawatanku di sana nanti, belum tentu aku dapat belajar dengan selesa..dan andai dalam kritikal, sudah tentu aku tidak dibenarkan untuk kembali ke kampus..dan akhirnya terpaksa menangguhkan final itu… Segera aku menghubungi keluargaku, ALHAMDULILLAH respon positif yang kuterima… Bertalu-talu aku menerima panggilan mereka, risau dan bimbangkan kesihatan aku… Tika itu, aku keseorangan di bilik, akhirnya aku keluar mencari ketenangan… Kupujuk hati ini, “ Bersabarlah duhai hati dan bertenanglah, pasti ada hikmah yang tersembunyi…” Beberapa hari sebelum aku menghadapi final, kesakitan itu menyerang kembali… Tak dapat bermuraja’ah sementara…

Ku cuba mengelak pabila ada insan-insan berhati mulia, bertanyakan aku..kerana aku sendiri tidak tahu apakah jawapan terbaik yang harus kuberikan… Banyak hati yang perlu dijaga… Kadang-kala lebih baik aku mendiamkan diri daripada meluahkan… Cukuplah, ALLAH saja yang tahu apa yang kulalui… Sedihnya hatiku bila setiap kali ujianMu ini hadir menyapaku… Menangis aku kerna bila begini keadaanku, amat payah dan terlalu sukar untukku rasai kekusyukan dalam pengabdianku, padaMu..yang sememangnya sukar untuk menggapainya…

          ALHAMDULILLAH Ya ALLAH, menghadiahkan aku nikmat kesakitan dan nikmat kegagalaan ini, untukku…Walau kadang hiba dengan ujian ini… Aku bersyukur dan gembira kerna menjadi insan yang dipilih dan terpilih untuk menerima tawaran lumayan ini, yang sangat berharga dan bernilai…Pasti ada ganjaran dan hikmah-NYA… Hadiah terindah dari-MUJ…! Aku terima dengan berlapang dada, kerna aku yakin… Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan… Begitu indah ayat-ayat Allah sebagai penawar bagi hati-hati yang sedang diuji… Allah juga menyatakan dalam Surah al-Thalaq, ayat ke-7 yang bermaksud, “Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan”… Senyumlah, sandarkan harapan dan pergantungan pada Allah… Segala kesulitan ada penyelesaian selagi kita berusaha dan bertawakal… Itu adalah janji Allah…

          Setiap perkara yang menimpa, pasti penuh dengan hikmah-NYA… Hayati khabar gembira daripada hadis Rasulullah SA.W yang direkodkan oleh Ahmad bermaksud, “Apabila seorang wanita taat kepada Tuhannya, mendirikan solat lima waktu, menjaga kehormatannya, dia pasti masuk ke syurga Tuhannya”… dan selami firman Allah dalam Surah Ali-Imran , ayat 139 yang bermaksud, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”…

          Ku akhiri bicara di penghujung lakaranku ini dengan doa yang dikutip daripada mutiara hadis Rasulullah S.A.W yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim…
" اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجزِ وَالكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبنِ وَالُبخلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِن غَلَبَةِ الدَّينِ وَقَهرِ الرِّجَالِ "
Study leave..
Mungkinkah berlaku?
Keputusannya bakal tiba..
Andai diri ini masih diberi peluang oleh-NYA,
lakaran ini akan ada sambungannya…
*INSYA ALLAH*

والله تعالى أعلم...

Nota Qolbi : Buat insan-insan mulia diluar sana, andai ada yang membaca tulisan ini, moga sudi menghulurkan doa ketabahan dan kecekalan buatku… Andai ada insan yang diuji seperti ini, dan mungkin lebih teruk dari itu, kudoakan semoga kesembuhan bersama kalian… Semoga tabah dan sabar dengan pemberiannya ini… Mungkin, kalianlah di antara jutaan permata yang dipilih untuk menerimanya… Redhailah…

2 comments:

  1. kak fa...hati ini sdih:( maafkn madi,teha dan izzah sebb tak sedr akn ketidksihtn dn kesakitan k.fa sepnjg kita brsma s.sem dan sbelum2 ni.. madi mgkin lmbat menilai dn memahami ssuatu tapi k.fa, ketahuilah hati ini begitu menyayangimu.. kupohon dirimu supaya sabar dn tabah meniti ujian dariNYA.. sama2 kembali kita bermuhasabah diri ats ssuatu yang ditakdirkan berlaku kepada kita.. K.fa harus kuat..! doa kami smua bersama k.fa... k.fa mesti cepat smbuh taw.. nnt nak balik jumpa k.fa yg sntiasa tersenyum dekt bilik kita...u'r the best my sis.. Allahuyasyfakillah. izinkan kami menjaga dn brsma k.fa spnjg kita didlm tempoh pngajian di uia nnt..

    ReplyDelete
  2. Buat adik-adikku (madi,teha.izah)yang disayangi...

    Sebak dan terharu k.fa baca tulisan madi ini.. Tidak mengapa, duhai adik-adikku.. K.fa tak pernah ambil hati semua itu.. Adik-adik dah cukup memahami k.fa.. Insya Allah, hanyalah sekecil ujian dari-Nya.. K.fa terima dengan berlapang dada.. Syukran adik-adik atas titipan doa itu.. K.fa tak mengharapkan sembuh, jika itu membuatkan k.fa lalai.. K.fa pun sama, rindu adik-adik semua.. Allah ada bersama k.fa...

    ReplyDelete