CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label ..Bicara Qolbi... Show all posts
Showing posts with label ..Bicara Qolbi... Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Hadiah Terindah dari Allah . . .


~ Sesunguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa Di Atas Segala Kejadian Yang Kau Ciptakan ~

~indah bercinta dengan-Mu~

بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...    

     ALHAMDULILLAH… Sesungguhnya segala puji hanyalah untukMu… Aku memujiMu, meminta pertolongan dan ampunan dariMu… Aku berlindung kepadaMu daripada setiap kejahatan jiwa dan kejelekan amalanku… Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki di atas setiap sesuatu yang dipunyai … Sesungguhnya Engkaulah Tuan bagi setiap ciptaanMu… Puji dan syukurku atas segala kurniaan dan nikmatMu..dan di atas kesempurnaan dan kesihatan jasadku saat ini, sehingga kepada mutiara-mutiara ilmu dan ilhamMu ini… Ku memohon rahmat dan redhaMu untuk setiap lakaranku ini…

          Kembali aku dalam epilog blogku kali ini… Sudah sebulan aku meminggirkan laman sesawang ini… Sunyi dan sepi tanpa alunan jari-jemariku ini… Bukan kerana kesibukan… Memang benar, aku sekarang sedang mengikuti cuti semester yang tinggal  beberapa minggu cuma… Namun bagiku, tidak bermakna laman ini turut direhatkan jua… Percutian semesterku kali ini sangat berbeza… Cuti sebelumnya, hanya pertemuan dan rawatan kecil saja yang dilakukan… Namun, aku tidaklah begitu terkejut… Aku bagaikan sudah dapat merasai bahawa ini yang akan berlaku, kerana beberapa kesakitan yang di alami semasa short semester tempoh hari…


Aku terkulai lemah dalam kerehatan… Saban hari, mataku semakin membengkak… Pandanganku kabur dan samar… Aku bagaikan buta… Hariku bertemankan air mata… Titisan demi titisan gugur dari kelopak mataku ini… Ku cuba menyeka… Namun, semakin laju mutiara jernih ini mengalir..deraianku semakin deras..dan akhirnya menjadi satu tangisan… Aku redha dalam tangisan… Begitu juga dengan fizikalku… Lemah dalam pergerakan… Terpaksa aku mengundurkan diri dari keterlibatan tugasan itu, yang telah diamanahkan kepadaku… Sedih dan kecewa, hanya itu yang mampu kuluahkan… Namun, kuperlu turuti nasihat dan larangan yang telah diberikan untukku… Aku perlu dirawat dan diubati… Buat semua penasihat, ajk pelaksana dan seterusnya buat semua sahabat seperjuanganku, ku memohon kemaafan dari lubuk hatiku yang hina ini, kerna tidak mampu untuk turut sama membantu dalam menjayakan program itu… Apakan daya, aku merancang..ALLAH jua merancang… Namun, perlu diakui, bahawa ALLAH YA BARI’… DIALAH sebaik-baik Perancang… Hanya gugusan doa yang mampu kuhulurkan…

          Selautan kesyukuran kupanjatkan..segunung penghargaan ku untaikan.. dan sejambak ucapan terima kasih kuhadiakan buat sahabat-sahabatku dan adik-adik kenalanku di atas kiriman mesej dan panggilan yang dilayangkan tanpa henti dan tanpa jemu untukku di sini… Aku sangat bersyukur dan menghargainya kerna ia mampu menjadi penguat semangat..hembusan ketabahaan dan bingkisan kesabaran untukku… Adakalanya, mampu membuatku tersenyum dan sebak… Terima kasih kerana sentiasa sudi dan setia men’sms’ dan menghubungiku walau tiada balasan dan jawapan dariku..dan bersusah-payah menghubungi keluargaku di sini… Jua gugusan doa yang dihulurkan… Sesungguhnya, hanya doa yang mampu kuhadiahkan, buat kalian semua… Namun, titipan kemaafan kupohonkan di atas ketidakbalasan pesanan sms dan panggilan itu… Maafkan diri ini, tiada berdaya untuk kulakukannya… Aku hanya mampu mendengar alunan pesanan sms itu, namun jariku tiada pantas untuk membaca dan membalasnya..dan aku hanya mampu mendengar deringan panggilan itu, namun mulutku mati untuk bersuara… Semoga kalian memahami situasiku saat itu…

Kadang-kala, langkahku hampir tersungkur... Tidak patut dan tidak layak untukku terus berpijak dibumi nyata ini, dan mungkin begini takdir hidupku... Namun begitulah, tiada siapa yang akan tahu ketetapan ALLAH di papan Loh Madhfuz sana... Aku pasrah dan redha dalam linangan air mata dan peritnya apabila kajian analisa yang menghantui diriku ini...  Pernah dijelaskan padaku, tapi aku masih terus memilih untuk tidak mempercayainya… Walau berkali dikatakan, namun aku tetap menidakkan... Rendah dan hinanya diriku ini apabila ingin menanti kunci simpulan ujian ini kepadaku, kerna aku tidak mampu untuk merungkainya sendiri... Aku tetap yakin dengan janjiMu...


Adakalanya, terburai jua hati ini apabila diasak untuk menerimanya... Hinanya aku dengan ketetapanMu... Namun, ALLAH Maha Penyayang..menghulurkan aku seuntai tali kasih sayang..dan aku sempat berpaut dan menyelamatkan sekeping papan cintaku yang telah aku ukirkan namaMu, YA ROBB... Berbekalkan kekuatan yang ALLAH pinjamkan padaku, akan kukendong kasih cintaku padaMu agar ia tidak tercicir di persimpangan kehidupanku... Telah aku binakan tugu kasihMu di hatiku..dengan batu-batu keikhlasan..dan padanya aku ukirkan namaMu dengan dakwat keemasan yang indah dan berkemilau... Jangan Kau biarkan cintaku ini goyah dan reput... Akan kusimpan cintaku ini padaMu seteguh tugu yang telah kubina di hati ini... Hanya takdir yang akan menentukan riwayat sebuah perjalanan hidupku ini... Dugaan-Mu ini, memilukan hati sanubariku… Hampir saja aku berputus asa… Namun, aku yakin dengan bantuan dan pertolongan-Mu…

……………………………............

Semester lalu, pada suatu hari… Terpaksa aku men’excuse’kan diri dari kehadiran dalam usrah… Mungkin, ada yang rasa pelik dan aneh dengan sikapku hari itu…Pagi itu, terasa lemah seluruh badan… Sakit menyerang diri… Seharian aku terkulai lesu di katil… Hilang selera makan… Terhenti seketika aktiviti hari itu… Tiada berdaya untukku melangkah keluar… Menangis menahan kesakitan… Hanya rintihan penenang diri… ALHAMDULILLAH, malam itu sakitku makin berkurang dan seleraku kembali pulih… Sekalung terima kasih akak hadiahkan buat adik-adik roommate akak kerana bersusah-payah berkorban menjaga kesihatan akak tika itu… Namun, maafkan akak kerna membuatkan kalian tertanya-tanya dan akak tidak menceritakan perkara sebenar… Bukan tidak sudi untuk berkongsi, cuma mungkin belum tiba masanya… Maafkan akak ye… Segunung terima kasih jua kuuntaikan buat sahabatku, along kerana bersusah-payah melangkah, meredah dingin malam dari mahalah sana untuk melawat dan menemaniku malam itu..dan segugus terima kasih jua kulafazkan buat sahabatku Honey dan Sayang kerana berkorban masa, menziarahiku…

Kehabisan bekalan ubat… Umi terlupa untuk mengirimkannya pada abg long dan kak long sewaktu mereka datang mengunjungiku… Aku gembira dalam kerisauan… Gembira kerana tidak perlu bertungkus-lumus memakan ubat… Namun, dalam masa yang sama, aku tetap risau… Risau terjadi apa-apa… Risau, andai ia datang menyerang secara mengejut, terutamanya ketika sesi pembelajaran dan peperiksaan berlangsung… Ketika revision period itu, sebenarnya aku terpaksa pulang ke rumah untuk rawatan dan pemeriksaan… Lantaran itu, aku terpaksa menolak permintaan adik-adikku untuk keluar bersama walau hati ini membantah… Sedih dan kecewa menguasai diri… Maafkan akak, adik-adik… Ku berbisik pada hati, agar bijak dan matang membuat keputusan… Namun, sebaliknya yang berlaku… Setelah beberapa perkara dinilai, akhirnya satu jawapan yang kutemui… “Mungkin inilah petunjukNYA”, detikku selepas beberapa jam berfikir… Kubatalkan niatku untuk pulang, kerana dalam rawatanku di sana nanti, belum tentu aku dapat belajar dengan selesa..dan andai dalam kritikal, sudah tentu aku tidak dibenarkan untuk kembali ke kampus..dan akhirnya terpaksa menangguhkan final itu… Segera aku menghubungi keluargaku, ALHAMDULILLAH respon positif yang kuterima… Bertalu-talu aku menerima panggilan mereka, risau dan bimbangkan kesihatan aku… Tika itu, aku keseorangan di bilik, akhirnya aku keluar mencari ketenangan… Kupujuk hati ini, “ Bersabarlah duhai hati dan bertenanglah, pasti ada hikmah yang tersembunyi…” Beberapa hari sebelum aku menghadapi final, kesakitan itu menyerang kembali… Tak dapat bermuraja’ah sementara…

Ku cuba mengelak pabila ada insan-insan berhati mulia, bertanyakan aku..kerana aku sendiri tidak tahu apakah jawapan terbaik yang harus kuberikan… Banyak hati yang perlu dijaga… Kadang-kala lebih baik aku mendiamkan diri daripada meluahkan… Cukuplah, ALLAH saja yang tahu apa yang kulalui… Sedihnya hatiku bila setiap kali ujianMu ini hadir menyapaku… Menangis aku kerna bila begini keadaanku, amat payah dan terlalu sukar untukku rasai kekusyukan dalam pengabdianku, padaMu..yang sememangnya sukar untuk menggapainya…

          ALHAMDULILLAH Ya ALLAH, menghadiahkan aku nikmat kesakitan dan nikmat kegagalaan ini, untukku…Walau kadang hiba dengan ujian ini… Aku bersyukur dan gembira kerna menjadi insan yang dipilih dan terpilih untuk menerima tawaran lumayan ini, yang sangat berharga dan bernilai…Pasti ada ganjaran dan hikmah-NYA… Hadiah terindah dari-MUJ…! Aku terima dengan berlapang dada, kerna aku yakin… Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan… Begitu indah ayat-ayat Allah sebagai penawar bagi hati-hati yang sedang diuji… Allah juga menyatakan dalam Surah al-Thalaq, ayat ke-7 yang bermaksud, “Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan”… Senyumlah, sandarkan harapan dan pergantungan pada Allah… Segala kesulitan ada penyelesaian selagi kita berusaha dan bertawakal… Itu adalah janji Allah…

          Setiap perkara yang menimpa, pasti penuh dengan hikmah-NYA… Hayati khabar gembira daripada hadis Rasulullah SA.W yang direkodkan oleh Ahmad bermaksud, “Apabila seorang wanita taat kepada Tuhannya, mendirikan solat lima waktu, menjaga kehormatannya, dia pasti masuk ke syurga Tuhannya”… dan selami firman Allah dalam Surah Ali-Imran , ayat 139 yang bermaksud, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”…

          Ku akhiri bicara di penghujung lakaranku ini dengan doa yang dikutip daripada mutiara hadis Rasulullah S.A.W yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim…
" اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجزِ وَالكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبنِ وَالُبخلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِن غَلَبَةِ الدَّينِ وَقَهرِ الرِّجَالِ "
…
…
…
…
Study leave..
Mungkinkah berlaku?
Keputusannya bakal tiba..
Andai diri ini masih diberi peluang oleh-NYA,
lakaran ini akan ada sambungannya…
*INSYA ALLAH*

والله تعالى أعلم...

Nota Qolbi : Buat insan-insan mulia diluar sana, andai ada yang membaca tulisan ini, moga sudi menghulurkan doa ketabahan dan kecekalan buatku… Andai ada insan yang diuji seperti ini, dan mungkin lebih teruk dari itu, kudoakan semoga kesembuhan bersama kalian… Semoga tabah dan sabar dengan pemberiannya ini… Mungkin, kalianlah di antara jutaan permata yang dipilih untuk menerimanya… Redhailah…

Friday, June 3, 2011

Hamba atau Sahabat...?



~ Memahami dan Menghargai Itu Rahsia Keutuhan Ukhuwah ~

بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...

Aku seorang pecinta setia tatkala ikatan diundang kekecewaaan, terukir kalimah pasrah
di hati ini… Tidak aku luahkan kekecewaan dihati… Aku
akhirnya mengalah dengan suratan takdir…
Ini sahaja cara yang dapat aku mengubat kekecewaan yang bertandang… Pedihnya hanya DIA saja yang mengerti.

"Enti ada masalah ye…?" Berbunga rasa hati bila diberi perhatian…

"Enti dah makan belum…? Ana belanja ye..." Sejuk hati mendengar ajakan seorang sahabat…
Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan… Ibarat dapat membaca galau di hati ini… Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan… Di mana silapnya… Aku termenung panjang...
Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta… Tapi hati manusia luar biasa..pejuang di jalan Allah..sarat dengan cinta pada Allah… Sahabat itu juga permata dan kekasih hatinya... Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan manusia… Setiap sesuatu ada ujiannya… Tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan… Kita harus bijak mendidik emosi… Beri masa pada diri..beri masa pada sahabatmu… Aku berfikir panjang… BER’UZLAH..!
"Kenapa enti buat ana macam ni…?" Ketidakpuasan hati seorang sahabat selepas salah menilai niat aku... Kami sedang diuji…
"Ala enti apa kurang…" kata-kata bisa ketika ajakan kebaikan dibalas acuh tidak acuh…
Kita mungkin sesekali terluka… Bahkan mungkin berkali-kali… Terluka dalam ajakan dakwah..terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah..bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhuwwah… Ukhuwwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika… Ini baru satu dua ujian buatmu, wahai mujahidah pembawa agama Allah… Bukan semuanya berita sedih dan duka… Hatiku berbisik, menghembuskan kekuatan pada diri ini…
Ketahuilah..diri kita dan sahabat kita tidak sama… Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati… Ada ketika, dia datang minta dinasihati… Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini…
Lukanya hatimu saat ini..adalah kerana cintamu padanya kerana Allah... Sama-sama ingin ke syurga..sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka… Bagi dirimu yang terluka, rawatilah... Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita… Coretanku untuk kita sama-sama muhasabah kembali… Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca… Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan…
Sempat terdetik di hati kecil..untuk mengakhiri dunia persahabatanku ini... Aku ingin sendiri dalam memahami jawapan atas permohonanku kepada Allah… Aku ingin sendiri dalam meniti segala rentetan atas kejadian yang aku alami… Aku ingin sendiri dalam menikmati indahnya cinta Allah padaku ini… Aku ingin sendiri menikmati rasa yang telah kulafazkan bersama ayat-ayat cinta yang kupersembahkan pada Yang Maha Penyayang… Aku ingin sendiri dalam memantapkan diriku ini mencari cinta-Nya..dan aku ingin sendiri tanpa ada perasaan lain selain cintaku hanyalah untuk-Mu, Ya ALLAH…
Duhai hati… Yakinlah bahawa Allah amat menyayangimu… Kerana di setiap kekeliruan langkahmu dalam mendekati-Nya, dirimu di sapa dengan kesilapan dosa..untuk menyedarkanmu…
Teringat aku sebuah kisah persahabatan pada zaman Rasulullah s.a.w…
Ketika kejadian perang Uhud, banyak kaum muslimin yang terbunuh dan luka-luka… Untuk yang terbunuh, Nabi memerintahkan untuk menguburkan para syuhada’ berdua-dua dalam satu kubur… Nabi berada ditengah penguburan tersebut sambil menangis sedih atas kematian Hamza r.a, kemudian berkata, “Berhenti, carikanlah aku (mayat) Abdullah bin Haram dan Amru bin Jumuah! Kuburkan mereka berdua. Sungguh, mereka didunia saling mencintai.“
Setelah itu, Rasulullah mencari Abu Bakar dan Umar, lalu beliau berdiri bersama kedua sahabatnya seraya berkata sambil menggenggam tangan Abu Bakar dan Umar, “Beginilah kita akan dibangkitkan kelak dihari kiamat.”
SUBHANALLAH…!!!
Kini aku kembali bertanya kepada Allah…Siapakah sahabat yang akan Engkau sandingkan bersamaku kelak…?
. . .
Tidak pernah ku  terfikir konflik di antara kita akan meruncing seperti ini… Ku membiarkan saja mesej-mesej dan panggilan darimu… Aku keliru…
Di sini, aku tidak mahu terjebak pada nostalgia silam... Biarlah ia menjadi kenangan masa lalu saja… Kamu memiliki hak untuk menilai siapa diriku...

Nota qolbi : Cukuplah ALLAH yang memahami dan mengerti hakikat hatiku ini..kerana DIA Maha Memahami segalanya berbanding dirimu…

Sunday, January 23, 2011

Harapanku Dalam Kesyukuran..


~ Hulurkan Aku Sepintal Tali Ketabahan dan Kecekalan Buatku Menyelusuri Hidup Ini ~

Bismillahirrhmanirrahim…

                Alhamdulillah,walaupun aku di beri pelbagai ujian,cabaran…namun sehingga ke hari ini aku masih lagi di kurniakan akal yang waras untuk aku terus hidup…aku ada Allah,yang Maha Penyayang..Maha Pengasih…untuk aku sayangi dan disayangi..walaupun aku tahu…aku cukup dan sungguh tidak layak sama sekali untuk merasai…menghirup…dan mendapat kasih sayang Allah…namun aku sentiasa berharap dan berdoa agar aku sentiasa mendapat perhatian daripada Allah…Ya Allah.aku tahu…memang terlalu banyak kesalahan…dosa noda…kesilapan…kecuaian…yang telah aku lakukan sejak dari dulu sehingga saat ini…tapi,Ya Allah,kau tolonglah aku…bantulah aku…sayangilah aku…kasihilah aku…aku amat-amat memerlukan  pertolongan dan bantuan dariMu.Ya Allah…aku tidak mampu untuk menanggung segalanya seorang diri…aku tidak mampu untuk selesaikannya sendiri…aku cukup dan memang lemah…Ya Allah,aku benar-benar berharap..kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya…Ya Allah Yang Maha Penyayang…kau berilah aku semangat dan kesabaran yang berpanjangan sehingga hari kematianku…kau hilangkanlah kesedihan di hatiku ini…Ya Allah,aku tahu,sememangnya aku tidak layak untuk mendapat dan merasai semua ini…Namun,Ya Allah…hanya padamu aku mengadu…hanya padamu aku memohon…hanya padamu aku meminta…

          Di dunia ini,tidak ada siapa yang menyayangi dan benar-benar memahami aku…namun pada alat canggih dan teknologi ini,aku luahkan segala-galanya…aku harap,dengan meluahkan di sini,aku dapat merasai ketenangan dan sekaligus meleraikan aku daripada kesedihan dan kekusutan yang melanda diriku ini…aku tahu,Allah mencipta dan menjadikan aku cukup sempurna…namun,sebagai manusia,aku merasai segala macam jenis perasaan…1001 jenis perasaan yang telah aku lalui dan rasai…

          Adakalanya…aku terfikir dan mahu hidup seperti dulu…walaupun aku tahu,dulu pun sama saja...Allah tetap bagi aku merasai nikmat ujian,musibah,halangan,cabaran dan halangan…namun aku rasa hidup di zaman dulu lebih bermakna dan indah…tapi,aku  tetap perlu teruskan hidup dan menerima kenyataan bahawa inilah zaman…masa…dan detik yang perlu dan mesti aku teruskan…biarlah aku redha dengan segala yang Allah tentukan untuk aku…aku tahu…dan yakin…sesungguhnya,ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala apa yang berlaku ini…

Aku S.A.K.I.T…



بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...

Alhamdulillah…bersyukur aku di atas segala nikmat yang telah Allah anugerahkan kepadaku..nikmat kesihatan..nikmat kesabaran..nikmat ketabahan..dan yang paling aku sudah lama menunggu dan tidak sabar untuk menanti iaitu nikmat kesempatan masa dan ruang yang Allah kurniakan untukku kembali muncul semula dalam episod blog aku kali ini…SubhanAllah…Walaupum aku sedar,siapa diriku jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat aku di Gombak sini…Namun, tidak perlu rasanya aku luahkan di sini, mengapa aku begitu…Bukan tidak sudi untuk berkongsi..malah aku nak dan teringin sangat-sangat untuk berkongsi luahan hatiku ini…Tapi, aku tak nak sampai ada yang salah faham, mengatakan aku cuba untuk menagih simpati orang…Bukan itu sikap aku…Jadi, biarlah ia terus bersemadi dalam jasadku ini walaupun aku perit untuk hadapinya... Alhamdulillah…di atas peluang yang di berikanNya kepadaku setelah sekian lama aku menyepi dari men’up date’ blogku ini…

Sepi aku membawa diri…Ku bawa diriku ini sejauh mungkin…Aku cuba untuk tidak menyusahkan sahabat-sahabat aku…Walaupun aku sendiri sudah tak tertanggung lagi untuk menanggungnya…Namun, bagiku biarlah aku cuba untuk hadapinya sendiri…Aku perlu cekal dan sabar dalam menjalani madrasah kehidupanku ini…Alhamdulillah..dengan berkat rahmatNya,aku mampu meneruskan kehiduoanku ini dan merentasi ujian yang datang walau aku sendiri hampir tewas dan mengalah…Tatkala ini,air mata yang menjadi peneman setiaku…Hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya hatiku…Cukuplah Allah bagiku untuk memahami diriku ini…Aku lebih selesa begitu…Itulah yang lebih terbaik walaupun kadang-kala ia ibarat menyeksa diriku sendiri…

Tinggalkan Aku Sendirian..!:(


Bismillahirahmanirrahim…
Bukan dari hati kecilku,untuk men’post’kan title ini dalam blogku kali ini… Bagiku,biarlah dia terus pergi dan lenyap dari kehidupanku.. Namun,aku keliru dalam kepasrahan… Kenapa kata-kata itu jadi realiti..? Maksud aku,kenapa dia kotakan kata-katanya itu sedangakan dia tahu hakikatnya bagaimana..huh.. Biarlah,walau sepahit mana pun..aku kena terima..aku kena dan mesti hadapinya… Sebab,memang itulah hakikatnya… Aku yang rasa… Sedih aku bila mengenangkan peristiwa ini… Awal kejadian ini,hampir setiap hari aku sebak dalam tangisan… Sekarang?... Aku cuba untuk berlakon dan berpura-pura untuk tidak rasa apa-apa bila berhadapan dengannya… Sejujurnya,aku yang cuba untuk menjauhkan diri ini darinya dalam terpaksa… Aku kurangkan masaku untuk bersembang dengannya..apatah lagi untuk berjumpa..yang ada hanyalah pertemuan ‘terserempak’…
Kami mula menyulam ukhuwah tika berada di alam matrik… Akhir-akhir pengakhiran kami di matrik,kami kerap bersama..memandangkan dua sahabatku Honey dan Nur Ilham sudah mula bercuti,dan berada di kampung halaman sebelum mereka memasuki alam kampus yang sebenar… Tika itu,dia antara sahabatku yang sangat rapat denganku… Tangisanku..luahanku..dia yang cepat mengetahuinya berbanding sahabat-sahabatku yang lain… Sebab kami satu bilik dan satu katil… Tapi,itu dulu… Sekarang tak lagi dah… Sedih ke..? Tak lah..! Langsung tak sedih..huhu… Dah dia yang nak macam tu..dia yang mintak buat macam ni… Dia dah tak perlukan aku,sebagai sahabatnya…
Waktu aku masih berada di matrik,dia pernah turun ke tempat aku belajar,memandangkan waktu tu dia dah pun berada di kampus sana… ALHAMDULILLHAH… ALLAH saja yang tahu perasaanku saat itu… Bersyukur dan gembira dapat berjumpa lagi..walaupun jarak antara tempat aku belajar dengan tempatnya tak lah jauh sangat pun… Cuma,dek kekangan masa,tugas dan amanah yang menghimpitnya..membantutkan dia untuk selalu turun… Aku faham,dan tidak kisah pun… Namun,pertemuan kami hari itu..seolah-olah bagaikan rumah yang menanti untuk di robohkan… Hanya dengan satu ayat yang di lafazkan dari mulutnya,sudah cukup buat aku faham dan mengerti segalanya…
Kini,benarlah apa yang di ungkapkannya dahulu… Setibanya aku di alam kampus ini, terlaksana jua detik itu… Sahabat,aku selesa begini jika itu membuatkanmu lebih selesa… Aku gembira bila dirimu bahagia… Walaupun kadang-kala sebak dan sedih aku dengan ujian ini… Aku yakin ada hikmahnya… ALLAH lebih memahami aku dan mengerti hakikat hatiku ini… Doaku,moga dikau terus bersama naungan rahmatNYA…
Nota qolbi : Buat sahabatku,aku bukan sesempurna insan untuk dirimu yang sempurna itu… Sesungguhnya, ALLAH yang MAHA Sempurna..!