CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 10, 2011

Musafir Mencari Ilmu...


بسم الله الرحمن الرحيم...
الحمد لله... الحمد لله... ثم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين...

~ Entri ini dicoretkan sempena bermulanya kembara dan musafir saya ke Taman Ilmu dan Budi ~

* Buat Adik-adikku Izzah, Madihah dan Fatihah...

* kita bertemu kat bilik nanti ye..:) *

Saya bertemankan FATIHAH...
Butiran musafir kami :
10 Sept 2011 ( 12 Syawal 1432H ) - SABTU
9.30 MALAM - malam ini
Di Stesen Kota Bharu ( Tesco )
Dengan menaiki bas Shamisha...

IZZAH telah bertolak dari Stesen Butterworth menuju ke rumah Pak langnya, pada awal pagi tadi..dan sekarang hampir tiba ke rumah Pak Langnya..dan akan bertolak awal pagi esok menuju ke bumi Gombak...

MADIHAH pula akan memulakan perjalanannya pada malam ini, terus menuju ke Gombak...
* Buat Sahabatku, DINI...

* walau keseorangan, ALLAH disisi menemanimu... *
Bakal memulakan perjalanannya pada hari dan tarikh yang sama dengan saya.. Cuma, bertolak pada pukul 9.00 malam ini dengan menaiki bas Budaya di stesen yang sama denganku...

* Buat Sahabatku, ATHIRAH...

* KUAT semangat ye, SAYANG...! *

Bakal memulakan perjalanannya esok... Semoga selamat tiba... Kita jumpa di sana ye!
* Dan kepada semua sahabat handai dan adik-adik kenalanku, SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS & SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DI BUMI GOMBAK...

* hari terakhir aku di rumah *
10 Sept 2011
5.46 PM
~ barang tak packing lagi..heh heh..rileks saje, di hati gabra jugak ni... ~
    

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah


* Bersumberkan sepenuhnya : Oleh Zaharuddin Abd Rahman *

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh hebahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya', serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.


Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.


Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih :

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW :

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده 
عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa Syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa Syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW :

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Friday, September 9, 2011

Ucapan Selamat Datang...



~ Saya memaparkan entri ini, tiada tujuan lain melainkan untuk memperkenalkan Ma'ruf Club kepada semua pelajar ambilan baru sesi 2011/2012 khusunya, di samping memaklumkan pengambilan ahli baru Ma'ruf Club. ~


Assalamualaikum,

Nabi Muhammad s.a.w., tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan setelah dibaca doa berikut :
“Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan, gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan.”

Marilah kita yang keluar dari rumah di desa menuju ke kota Taman Ilmu dan Budi (Garden of Knowledge and Virture) ini, meletakkan kebergantungan yang tertinggi kepada Allah s.w.t., mudah-mudahan berterusan dengan petunjukNya jualah kita memandu kehidupan.
Saya, mewakili saf kepimpinan Ma’ruf Club, ingin  mengucapkan Selamat Datang, ???? ????? ?????? ??? kepada Pelajar-pelajar Ambilan Baru Sesi 2011/2012 ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
Dalam kesempatan yang ringkas ini, suka untuk saya memperingatkan beberapa perkara berikut :
1.     Mengurus perancangan akademik dengan bijak – memanfaatkan waktu, mengurus tugasan secara tepat
2.     Membuat perancangan ekonomi dengan baik – cermat berbelanja dan rajin menabung
3.     Mengukuh jaringan sosial dan merapatkan ukhuwwah Islamiyyah – hidupkan budaya taaruf dan salam, saling hormat-menghormati
4.     Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan – menyertai organisasi dakwah, menjalankan tugas amar ma’ruf nahi munkar
Akhirnya, saya juga ingin mengajak saudara-saudari sekalian untuk bersama-sama dengan Ma’ruf Club, menjalankan tugas dakwah dan amar maruf nahi munkar sehingga akan ada benih-benih yang terpilih, akan bertunas dan tumbuh sebagai pohon yang subur dan merendang, lalu memayungi umat manusia dengan kebaikan dan keindahan Islam.

Wallahua’lam.

~Discover the Beauty of Islam~
“Inspiring Dakwah, Leading the Ummah”
Mohd Eikhwan Bin M. Ali
Presiden Ma’ruf Club

Monday, September 5, 2011

Hidupkan Sunnah & Budaya Sebenar di Hari Raya…

~ Sempena ‘Idul Fitri ini, marilah kita melihat kembali beberapa petunjuk Sirah mengenainya ~


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

          ALHAMDULILLAH, baru kini berpeluang men’update’ blog setelah beberapa hari kedatangan Syawal diraikan dengan penuh rasa kesyukuran oleh semua umat Islam… Sempena kehadiran Syawal kali ini, saya tampil dengan satu Sirah Perayaan untuk diamalkan dan dibudayakan kembali dalam masyarakat kita hari ini…

Setelah Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda s.a.w mendapati penduduknya menjadikan dua hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?” Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi.” Lalu Nabi s.a.w bersabda, “Sesun&gguhnya Allah telah mengantikan dua hari tersebut bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (Riwayat Abu Daud).

Di Hari Raya, Nabi s.a.w pergi ke tempat solat melalui satu jalan dan kembali dengan melalui jalan yang lain (Riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar). Berkata Ummu Atiyah r.a bermaksud, “Rasulullah s.a.w mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam” … “wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (Riwayat Abu Daud).  Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah meminta di kalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dan sebagainya di pagi Raya janganlah sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya.


Solat Hari Raya Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a adalah merupakan perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan semua penduduk termasuk semua wanita dan kanak-kanak tanpa kecuali. Ia hari kegembiraan bersama. Wanita haid juga diminta ke tempat perhimpunan. Jika saiz masjid terhad, maka dibuat di padang yang lapang, seperti di zaman Nabi s.a.w. Dengan ini kesemua mereka dapat menyaksikan kebesaran Dakwah ini dan kebaikan untuk penganutnya. Doa diaminkan bersama oleh semua. Abu Hurairah r.a ada meriwayatkan bahawa pernah berlaku hujan, maka Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a bersolat Raya di dalam masjid (Riwayat Abu Daud).

Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)” …dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (SUBHANALLAH) dan Tahmid (ALHAMDULILLAH)“. Disunatkan menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibdah khusus seperti solat, zikir, tilawah dan sebagainya.


Bermaafan di pagi Raya, terutama kepada ibu bapa adalah salah satu adat Melayu yang terbaik dan menonjol berbanding dengan umat Islam yang lain. Islam mengambil apa yang terbaik dari satu umat untuk dicontohi oleh umat yang lain.
Di pagi hari Raya Aidil Fitri, sunat menjamah makanan sebelum ke tempat solat Raya Aidil Fitri, manakala sunat menjamah makanan selepas solat Raya Aidil Adha. Nabi s.a.w bersolat Raya tanpa azan, qamat, sunat qabliah mahupun sunat ba’diah. Baginda s.a.w bertakbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua dalam solat Aidil Fitri. Abu Waqid Al-Laithy ra berkata, “Nabi s.a.w membaca Qaaf  Wal Quranum Majid (Surah Qaf) dan Iqtarabatis sa’ah wan Syaqqal Qamar (Surah al-Qamar)“.


Oleh kerana ia suatu perhimpunan tahunan terbesar, suara Nabi s.a.w terhad. Maka selepas berkhutbah Nabi s.a.w mengajak Bilal bin Rabah pergi ke tempat kaum muslimat dan memberikan kata-kata nasihat kepada mereka pula. Di akhirnya, Nabi s.a.w mengajak kaum wanita bersedekah sempena Hari Raya, lalu mereka berlumba-lumba bersedekah dengan wang dan perhiasan yang dipakai dengan diletakkan di kain yang dihampar oleh Bilal. Kemudian sedekah tersebut dibahagikan kepada fakir miskin di situ. Alangkah gembiranya mereka dapat bersedekah di hadapan Rasulullah di hari Raya. Alangkah gembiranya fakir miskin di situ yang menerimanya untuk dibawa pulang seperti kanak-kanak Malaysia mendapat Duit Raya.


Fenomena positif Hari Raya di Malaysia di antaranya ialah ziarah menziarahi dan maaf- bermaafan sesama sanak -saudara dan masyarakat. Anak-anak pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan saudara- mara mengeratkan lagi silatuurahim. Menziarahi tanah perkuburan, asalkan dengan cara yang makthur (adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w) mengingatkan kita kefanaan dunia dan kepalsuan godaannya. Menghiasi rumah dengan sederhana, membuat rumah terbuka, mencari dan menghubungi waris, sahabat- handai dan teman lama dan apa sahaja yang boleh mengeratkan Ukhuwwah Islamiah (kasih sayang sesama Islam) ketika dan menjelang Hari Raya adalah sangat dialukan. Bagi pelajar dan mereka yang berada di luar negara, menziarahi dan berkenalan dengan saudara seIslam dari bangsa-bangsa yang lain seperti Arab, Indo-Paki, Bosnia dan sebagainya merupakan salah satu hikmah Hari Raya yang utama.

Maksud hadis di atas, “Adalah para Sahabat Nabi s.a.w apabila mereka bertemu sesama mereka di Hari Raya, mereka akan mengucapkan sesama mereka “TaqabbalALLAHU minna wa minka” (Moga Allah menerima (ibadat yang dikerjakan) dari kami dan dari kamu)” (hadis yang sahih sanad-sanadnya pada Imam Al-Bany).

Fenomena negatif di Malaysia yang boleh diperbaiki lagi termasuk sebahagian rancangan TV, sama ada nyanyian artis, tarian atau drama oleh mereka yang mendedahkan aurat, bergaul bebas apatah lagi ditontoni ramai, pembaziran dalam membuat persiapan terlalu berlebihan dalam membakar bunga api, membeli pakaian, perhiasan dan sebagainya dengan mencurahkan wang bukan kepada umat Islam. Syawal datang selepas Ramadhan.

Matlamat Ramadhan adalah taqwa (surah Al-Baqarah). Adapun melabuhkan tirai Ramadhan dengan Syawal bersama bentuk-bentuk yang bertentangan dengan taqwa, jelas mensia-siakan hikmah puasa, tarawih dan tilawah sepanjang Ramadhan. Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Jibril datang kepada aku dan berkata (berdoa), jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang sempat beramal di bulan Ramadhan, tetapi dosanya tidak diampunkan. Aku (Nabi saw) berkata Ameen (perkenankanlah)” (Hadis).

SUMBER: DI SINI
~Aih..Upin & Ipin raye jugak ke..~
~ Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idul Fitri kepada semua pembaca blog ini… Mohon kemaafan di atas segala kekhilafan diri… TaqabbalallALLAHU minna wa minkum… Semoga Allah s.w.t menanam ketaqwaan dan kegembiraan kepada kita dan umat Islam sempena Aidil Fitri ini dan menunjukkan jalan petunjuk-Nya… Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Selamat kembali kepada fitrah!~